Get Adobe Flash player
Kertas Kerja

Selamat Datang ke Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Tarbiyah

mukadepan

Al-Quran merupakan satu mukjizat yang dikurniakan kepada Rasulullah SAW yang kekal sehingga hari qiamat. Sebagai petunjuk kepada jalan benar, maka adalah penting bagi setiap umat Islam mempelajari, menghayati dan mengamalkan setiap ajaran, arahan dan tegahan yang terkandung dalam sebuah hadis Rasulullah SAW yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Bukhari dan At-Tirmidzi yang bermaksud :-

 

“Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya”

 

Hadis ini mengingatkan kita betapa pentingnya Al-Quran itu untuk dipelajari dan diajarkannya kepada yang lain. Mempelajari Al-Quran meliputi bacaan yang betul, fasih dari segi makhrajnya serta mengenali hukum-hukum tajwid. Kemahiran berbahasa Arab merupakan satu kelebihan yang membolehkan seseorang itu menghayati pembacaan Al-Quran dan memahami makna-maknanya.

 

            Atas dasar inilah maka menjadi tanggungjawab ibu bapa memberikan pendidikan Al-Quran kepada anak-anak supaya sentiasa terpelihara dari segala gejala negatif dalam menjalani kehidupan seharian. Tanggungjawab ibu bapa dalam menyediakan pendidikan kepada anak-anak bukan sahaja untuk kejayaan dalam kehidupan duniawi tetapi juga ukhrawi. Apa yang menjadi persoalan dalam perkara ini adakah ibu bapa mempunyai pengetahuan yang mencukupi dan masa yang terluang untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Share Button
FACEBOOK